Saturday, June 5, 2010

Reunion Wira & Wirawati Bumimas

Salam. . .sihat ke ?. . .sape ?. . .awak laa. . .hee. . .kali ni nak kongsi tentang reunion member-member PLKN pada 2hb Jun, di Mid Valley Megamall. . .hari Rabu. . .3 hari lepas. . .aku dah dimaklumkan tentang reunion ni seminggu sebelumnya, tapi belum confirm nak pergi. . .hari ahad sebelum tu, aku dapat jenguk 2 orang member PLKN aku yang paling comel. . .haha. . .Naz ngan Yana. . .diorang setuju nak pergi reunion tu nanti, tapi Naz de kelas, jadi dia akan gerak dariShah Alam terus ke sana. . .aku ada contact Fredy, Helmi, dengan Wani, tapi semuanya kerja pulak. . .gatal betul la korang ni. . .kerja la hari lain. . .haha. . .Then hari rabu tu aku pergi denganYana je. . .driver aku bawa naik komuter. . .haha. . .

Masa train melintas di Stesen Bukit Badak, aku terpandang la 2 orang ni. . .macam kenal. . .tapi diorang masuk koc wanita, tak dapat nak pastikan siapakah gerangannya. . .

Sampai je di KTM Mid, macam biasa la. . .orang berduyun-duyun. . .hari Rabu je tu. . .belum weekend lagi. . .hehe. . .kitorang pun ikut la diorang menuju ke pintu keluar stesen. . .

Lepas dah keluar, aku terpandang lagi dekat 2 orang tadi tu. . .confirm tu Atul ngn Niewa. . .waa. . .lamenya tak jumpe diorang. . .aku segan nak tegur masa tu sebab ada member laki sorang ikutdiorang. . .aku tak kenal. . .ah, nanti dekat dalam Mid jumpa la tu. . .

Yana cakap member-member lain tunggu dekat Starbucks. . .kitorang dok la mencari mane starbucks sebab 2-2 dah lama tak pergi Mid. . .hehe. . .mase naik eskeletor tu, (betul ke ejaan ni?) kitorang terserempak dengan Aini dan Khatijah (sory Tijah, aku tak ingat kau) diorang suruh kitorang tunggu dekat depan TGC, sebab Ren dengan Alip ade kat situ. . .waa. . .Ren turun padang. . .lame dah tak jumpa minah melanau mix ni. . .hehe. . .yang si Alip pun ada. . .hehe. . .macam mana badan dia sekarang ek. . .(jangan marah alip) hehe. . .akhirnya sampai kat depan TGC. . .tengok Alip tengah usha Ren. . haha. . .kitorang buat la mesyuarat kecil-kecilan depan BurgerKing tu, nak ta'aruf sikit sebab lame sangat tak jumpa. . .

Selang beberapa minit, Aini dan tijah pun sampai. . .tak lama lepas tu, Reza si Mr. Organizer pulak sampai dengan exco-exconya, Haziq, Rody, dan Yem. . .bertambah la ahli mesyuarat kitorang kat depan BurgerKing tu. . .haha. . .lame gak ta'aruf masa tu. . .tengok jam dah kul 2lebih, Mr. Organizer ajak pergi solat. . .tiba la giliran Yem nak Usha Ren. . .hehe. . .(jangan marahYem) Selesai solat, kitorang naik balik menuju ke tempat mesyuarat. . .haa. . .rupanya bertambah lagi ahli mesyuarat dengan kedatangan Ijoy, Mahfuz, Mahdi, Fahmi, Razin dan Ainshah. . .masing-masing datang dengan muka hensem-hensem, manis-manis jer. . .haha. . .bila rasa-rasa semua dah ada, baru la Mr. Organizer ajak pergi makan kat food court. . .masa nak pergi food court terserempak jugak dengan Atul dan Niewa. . .waa. . .lepas gak rindu kat diorang. . .borak-borak kejap je sebab diorang nak tengok movie. . .then aku pun menyusul ke food court. . .tengah borak-borak kat meja makan, Naz sampai. . .kira dia orang yang terakhir la yang menyempurnakan hari yang best sangat-sangat. . .

SENARAI KEHADIRAN

1. REZA

2. RAZIN

3. YEM

4. RODY

5. HAZIQ

6. ALIP

7. MAHDI

8. FAHMI

9. IJOY

10. MAHFUZ

11. IFDAL

12. NAZ

13. REN

14. YANA

15. TIJAH

16. AINI

17. AINSHAH

18. TAPIR √ (lambat sikit) hehe. . .

Lepas kitorang makan, ada pula cadangan untuk main bowling. . .haa. . .hentam je. . .tapi aku tak boleh join diorang main sebab fulus nya agak kering. . .jadi aku lepak je la dekat meja dengan Yana dan Aini. . .yang main 12 orang je. . .tapi meriah nya macam main pertandingan besar-besaran pula. . .hehe. . .sesekali buang tebiat ni pun best gak. . .hehe. . .

Habis je main bowling, kitorang bergambar kenangan beramai-ramai, di snap oleh brother. . .alamak. . .lupa la nama kawan mahdi tu. . .cantik dia snap gambar. . .abang bowling dah pandang-pandang kat kitorang. . .then kitorang keluar dengan hati yang baek punya. . .haha. . .

Dalam kul 6 petang, aku, Yana, dan Aini balik sekali naik train. . .macam biasa jugak, berbondong-bondong orang balik dari Mid. . .kitorang terpaksa melepaskan sebuah train meluncur di atas landasannya dengan penumpang yang dah macam sardin di dalamnya. . .untuk next train, kitorang dah buat preparation, aku jadi wakil penunggu giliran di atas line kuning. . .orang pun ramai gak untuk 2nd trip ni. . .bila train sampai je terus kitorang berpusu untuk masuk. . .alhamdulillah kali ni dapat masuk tapi agak tak selesa sebab penuh orang dalam tu. . .aku terpaksa berpaut kat sorang uncle india ni selepas diizinkan untuk berpaut. . .sempoi la uncle. . .hehe. . .

Sampai di Stesen Klang dalam pukul 7 lebih. . .aku turun dengan Aini. . .Yana teruskan perjalanan lagi ke Port. . .kesian pulak dia balik sorang2. . .hmm. . .kitorang borak-borak kejap lepas keluar dari platform. . .tak lama lepas tu, ayah Aini pun sampai. . .masa ni la aku terfikir. . .Terlalu pantas masa berlalu. . . 2 tahun pergi macam tu je. . .sekejap nya dapat jumpa member-member PLKN kat Mid tadi. . .bila la akan ada lagi pertemuan seperti ini. . .Alhamdulillah. . .ku ucapkan Syukur ke HadratMu Ya Allah. . .kerana mengizinkan kami untuk berjumpa, berkumpul, dan menikmati ukhwah yang sudah di bina di Pulau Borneo suatu ketika dahulu. . .moga ukhwah ini berkekalan hingga ke akhir hayat kami. . .ampuni dosa sahabat-sahabat seperjuangan ku ya Allah. . .eratkan la silaturrahim antara kami, kukuhkan ukhwah yang jitu ini, agar kami dapat berjumpa, berkumpul, dan menikmati pula SyurgaMu dalam Pertemuan kami yang seterusnya kelak. . .InsyaAllah. . .