Wednesday, May 12, 2010

Kehilangan

Salam. . .lama dah aku tak menjenguk Falique. . .mungkin disebabkan kepayahan mendapatkan line internet di hostel ni membuatkan aku mengabaikan Falique. . .dan mungkin juga semakin aku bertungkus lumus dalam minggu perperiksaan ni, semakin aku hiraukan Falique. . .hmm. . . . .

Alhamdulillah. . .kali ni dapat kesempatan untuk aku ziarah Falique dan berkongsi memori- memori yang beraneka ragam selama berenggang dengan Falique. . .

'Kehilangan'. . . .

bunyi pun dah sedih. . .jadi entri kali ni agak emosi sedikit, cuma aku ingin luahkannya kepada Falique. . .

Dua tiga minggu kebelakangan ni, aku dihadiahkan oleh Allah dengan bermacam-macam bentuk emosi yang sangat menggundah hati. . .bermula dengan 'kehilangan' angah, adikku yang terpilih untuk menjalani Progam Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Kepimpinan Gemilang, Gopeng, Perak. . .angah adalah yang aku harapkan untuk menjaga keluargaku di rumah sementara aku dalam pengajian di kampus. . .nak diikutkan, memanglah aku mampu balik ke rumah memandangkan jarak rumahku dengan kampus agak dekat juga. . .tetapi perkara itu sangat sukar untuk aku lakukan. . .banyak tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah yang perlu dihantar mengikut waktunya. . .diselangi dengan beberapa ujian dan kuiz serta kerja-kerja persatuan yang aku perlu selesaikan. . .bukan tak nak balik. . .hmm. . .jadi memang aku harapkan angah. . .tetapi angah perlu ikut latihan ni. . .dan aku sangat faham keadaan ni sebab aku juga bekas pelatih PLKN. . .harap ibu dan ayah faham akan keadaan aku. . .

Selepas peristiwa itu, aku dihadiahkan pula dengan seorang sahabat baru. . .aku sangat senang hati dalam mengenalinya. . .aku tak mahu menceritakan keburukan sahabatku tapi aku ringkaskan disini yang aku telah 'hilang' kepercayaan terhadapnya. . .dia cuba untuk sembunyikan sesuatu daripadaku dan aku telah dapat menghidunya. . .aku sangat terkesan dengan sikapnya. . .aku tak percaya dia telah mengkhianati kepercayaanku terhadapnya. . .

Kemudian, peristiwa yang akan aku ceritakan ni baru berlaku 3 hari lepas. . .aku telah 'kehilangan' sebuah buku yang boleh dikatakan sebagai sebahagian diari hidupku. . .buku McD yang selalu aku bawa merata-rata dalam kampus ni. . .buku tempat aku mencatit memori-memori sebelum dan semasa berada di kampus ni. . .ilmu-ilmu tentang persatuan. . .santapan rohani yang aku peroleh daripada pelbagai ceramah, tazkirah, usrah, dan juga semasa kuliah dalam kelas. . .'kehilangan' ini yang sangat memeritkan. . .aku rasa seperti hilang sebelah tangan untuk aku terus mencatit ilmu. . .hilang sebelah kaki yang aku gagahi melangkah mencari sesuap ilmu. . . hilang sebelah sayap untuk aku terbang mengharungi sisa-sisa hidupku di kampus. . . . . .

"Allah dah selamatkan kau daripada terus bersahabat dengan dia. . ."

"dik, semua ni terjadi sebab Allah nak buktikan bahawasanya hanya Dia yang patut kamu bergantung dan berharap. . ."

2 kata-kata ni sangat-sangat membantu aku mengwal emosiku. . .kata-kata yang membantu aku mendidik nafsuku. . .kata-kata yang membuka benak fikiranku. . .aku seperti hilang pedoman. . .aku terlalu mengharapkan pada angah. . .pada kepecayaan dalam persahabatan. . .pada buku yang hanya sekadar buku. . .tanpa aku sedari, aku sedang mengharap pada makhluk Allah. . . . . .hanya makhluk Allah. . . . . . .

Ampuni dosa-dosaku wahai Pemilik Sekian Makhluk. . . . .aku terleka dalam emosiku. . . aku tersasar daripada sunnah rasulMu. . . .ampuni aku ya Allah. . .sungguh Kau berhak mengambil pinjaman yang Kau berikan kepadaku. . .aku redha dengan 'kehilangan' ini daripada aku 'kehilangan'Mu ya Allah. . . . . . .