Thursday, March 18, 2010

RUBU' MUJAYYAB

Assalamualaikum. . .

Kali ni nak share pasal Rubu' Mujayyab. . .mm. . .apa benda 2. . .? haa. . .inilah nama alat yang digunakan pada zaman kegemilangan Islam sebagai alat untuk mengukur sudut dan waktu. Alat ni dah digunakan sejak 500 tahun lalu. Kalau x silap dengar, pengasasnya adalah Abdul Rahman Ad-Dahiri (salah seorang tokoh pada zaman Bani Umayyah) yang diizinkan Allah untuk memikirkan dan mencipta 1 alat pengukur sudut dan waktu. Rubu' Mujayyab yang terbesar berada di bumi kazakhstan. x sabar nak tengok apa benda la Rubu' ni kan. Nak citer sikit perjalanan dari mula ye. . .

Mulanya dapat info pasal kursus ni daripada Abang Hafiz. Kemudian tanya Ustaz Rahman pasal benda ni. . .maklumlah 1st time sebenarnya dengar pasal Rubu' Mujayyab ni. . .then pada 2 Mac, pukul 8.30 pagi, aku, Abang2 lain Hafiz, Ilmi, Syazwan, Fendi, dan Zakwan diketuai oleh Ustaz Rahman menaiki sang kancil dan sang wira memulakan pengembaraan menuju ke Institut Latihan dan Dakwah Islam Selangor, Sabak Bernam (ILDAS). Boleh tahan jauhnya. . .hee. . .

Hari Pertama
Sampai di sana, kami x mendaftar dulu. Sebabnya sampai lewat dalam pukul 10 pagi. Sampai sana je terus dijemput untuk sarapan pagi bersama2 dengan peserta lain yang dah sampai awal. . .ape lagi. . .bedal je laa. . .haha. . .lepas makan baru kitorang daftar kehadiran. Dapat kunci bilik hostel dan sehelai tuala mandi. Dah settle angkut barang2, tiba lah pulak sesi taklimat. Dekat dalam dewan 2 la ketidaksabaran terubat ble dapat tengok Rubu' Mujayyab ni. . .best. . .

Penceramahnya, Ustaz Hanafiah. . .eh ? macam kenal ustaz ni. . .hmm. . .(pikir3). . .ustaz ni best. . .bagi aku best la kan. xtawu la peserta yang lain.

(BAHASA ARAB)Rubu' - 1/4 bulatan
(BAHASA ARAB)Mujayyab - Berjejari

Semasa zaman kegemilangan Islam, tempat untuk menentukan masa pertama matahari adalah di Doha, Qatar. . .ini bersesuaian dengan salah satu surah di dalam Kitabullah iaitu surah Ad-Dhuha. Rubu' Mujayyab juga digunakan untuk mengukur longitud dan latitud. Kitorang belajar untuk cari nilai Cosinus, Sinus & Tangent, mengira ketinggian matahari, mengenalpasti jenis2 buruj yang bertaburan di langit berserta penunjuk arahnya, semuanya ditentukan dengan menggunakan Rubu' Mujayyab. . .waa banyak gak kan. . .sebab 2 la aku ckp program ni best sangat. . . baru aku tahu bagaimana Ibnu Batutah menjadi seorang tokoh pelayar yang hebat pada zamannya. . .Subhanallah. . .banyak lagi rupanya ilmu Mu yang tidak aku ketahui ya Allah. . .

سُبْحَنَكَ لاَ عِلْمَ لَنَآ إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَآ إِنَّكَ أنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Al-Baqarah:32

Maksudnya:

"...Mahasuci Engkau, tidak ada apa yang kami ketahui melainkan apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya, Enkaulah yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana".

Hari Kedua
Masa hari kedua baru aku teringat yang aku memang pernah nampak ustaz ni dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9 dulu. . .hee. . .untuk hari kedua ni, kitorang sambung pembelajaran pasal menentukan arah sebenar Utara dan Selatan, mencari arah qiblat, dan menentukan 5 waktu solat mngikut tempat. Untuk menentukan arah utara sebenar, aku pernah belajar di sekolah dulu. Masa darjah 3 kalau x silap. Jadi aku masih ingat lagi cara2 nya. Masa nak buat pengiraan

2 comments:

  1. Salam..uiks...
    thanks for sharing info about rubu' mujayyab...
    I've shared this with participants of Rehlah Mahabbah Nisa'...
    :)

    ReplyDelete
  2. salam..

    aik dah abis critanya belum?? hehehhe

    ReplyDelete